Friday, May 25

Bismillahirrahmanirrahim~

Ya Allah, sesungguhnya aku menyayanginya. Aku tahu betapa dalam rasa kasih sayang yang hadir dalam dirinya terhadap hamba. Ya Allah, aku tahu salahku. Jujur aku katakan, aku keliru dengan permainan hatiku sendiri kerana aku hanyalah insan yang lemah dan aku juga tahu bahawa dia juga insan biasa yang mempunyai tahap kesabarannya. Ya Rahman, aku tahu sesungguhnya kejujuran adalah penting dalam setiap perhubungan dan kerana itu, hamba mohon petunjuk-Mu serta pertolongan-Mu dalam menempuhi ujian-Mu ini serta berlaku jujur terhadapnya, Ya Allah. Ya Rahim, bukakanlah pintu hatinya supaya dia dapat menerima apa yang bakal diperjelaskan oleh hamba. Sesungguhnya, hamba tahu perkara ini sangat perit untuk dia terima. Hamba juga tahu, jika dia tidak mengetahui langsung tentang perkara ini, ia akan membuatkan dia merasa lebih perit dan hamba akan dibelenggu oleh kesilapan hamba. Ya Allah, aku menyayangi dan kerana itu, aku ingin berlaku jujur terhadapnya. Ya Allah Yang Maha Mengetahui, bukakanlah pintu hatinya, untuk menerima maaf hamba dengan sejujurnya kerana telah melakukan kesalahan dalam perhubungan yang ikhlas dari hatinya ini, Ya Allah. Ya Allah, restuilah perhubungan kami. Insyallah~
Amin~

Thanks viewing :)

No comments:

Post a Comment