Monday, December 12

Sebab Paling Top Wanita Tidak Berhijab

Assalamualaikum W.B.R...
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Agak sukar untuk dibicarakan, kerana ilmu saya tidaklah setinggi ustazah wehehe

Masih kurang ilmu saya dalam bidang agama untuk saling memperingat, apatah lagi untuk menegur anda sekalian tetapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Jangan dimaki hamun sudah :D

Pernah ada status dekat facebook di wallpost saya, maksud tulisannya lebih kurang macam nihh ---> buat apa pakai tudung kalau hati tak ikhlas dan yang pakai tudung belum tentu baik

Huhu, ayat terakhir itu,kesian rakyat (yang memakai tudung) HIHI. Namun tak apa, manusia tiada yang sempurna. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.Setelah sedikit saya meneliti salah satu daripada e-mel myspace(dulu), beliau suka untuk merujuk sebuah artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut cara saya.

Artikel yang beliau rujuk bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim Tidak Suka Berhijab'..Beliau ada ambil sedikit sahaja untuk "tatapan" umum...

SEBAB PERTAMA:
SAYA TAK YAKIN LAGI DENGAN APA PERLUNYA BERHIJAB(BERTUDUNG) .


Pernahkah dengar sebab yang ini? Beliau pernah dengar." Tudung? What the H**L you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Alamakk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha"

Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah dia belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau telah meyakini aqidah. Muhammad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.
Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumumkan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap pergi kelas atau kerja?
Itu bukannya yakin, yang itu, Beriyeaa~

Allah berfirman:
Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata," Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)
**barulah boleh berstatus facebook UNTUNG UNTUNG tuu :)



SEBAB KEDUA:
SAYA NAK PAKAI TUDUNG NIE TAPI MAK SAYA TAK BERAPA NAK BAGI.BUKANKAH MENTAATI IBU BAPA TUE WAJIB?

Pernah Tipah cakap benda ni pada sahabat saya, " Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang  tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah." Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:
Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)

Allah fiman lagi Tipah:
Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Al- Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Allah yang menjadikan awak dan mak awak?

**Oh Tipah, janganlahh tertipu lagi.



SEBAB KETIGA:
KEDUDUKAN DAN PEKERJAAN SAYA TAK MENGIZINKAN SAYA UNTUK BERTUDUNGLAH..

" Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer." Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami (beliau dan rakan rakan).

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul :D

Sebabnya, ramai je kami (beliau dan rakan rakan) jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( At-Talaq, 65 :2-3)

*
*Anak-anak Adam dan Hawa, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh je menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah :)


SEBAB KEEMPAT:
PANASLAH MALAYSIA NIE,SUSAH NAK BERTUDUNG.

Milah pernah hamburkan ayat ni. " Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe." Milah tersengih-sengih tatkala bercakap, senyum .

" Neraka lagi panas." Kata-kata kami (beliau dan rakan rakan) tika itu, terus terdiam Milah. Muka nak nangis. " Ambik kau" Dalam hati kami(beliau dan rakan rakan), sekadar berbisik.

Allah berfirman:
Katakanlah " api neraka jahannam lebih panas ",jika mereka mengetahui ( At-Taubah,9:81)

**lain kali, jangan lupa bawa air-cond rumah tuu :)

SEBAB KELIMA:
TAKUTLAH KALAU PAKAI TUDUNG TAK IKHLAS NAK BUAT APA,NANTI AKHIRNYA BUKA GAK.RAMAI DAH JADI MACAM TU.

Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.
Seperti:
" Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas."

" Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah.."
Amboihh Jahh, kemain lagii~ HAHA

Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat (tetap teguh) dalam agama ini?

Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan, maka kita pun terasa kita akan jadi begitu.Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong daripadanya dengan sabar dan solat.
**Bukannya minta pada pakwe, bukan juga pada yang lain. Hanya pada Allah.


SEBAB KEENAM:
SAYA AKAN BERTUDUNG BILA ALLAH BERI HIDAYAH KAT SAYA NANTI..

" Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy.“ Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. wahh wahh ada gaya sehh.

" tapikan maut tu sentiasa hampir?" Kami (beliau dan rakan rakan)  bertanya.

" Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda lagi tau. Sihat, tubuh solid molid lagi. Jangan nak sebut-sebut mati." Marah pula awek comel loteh nihh HAHA

" Ha, tahu pula takut." Kami (beliau dan rakan rakan)  mengejek.

Allah berfirman:
Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al -A'raf, 7:34 )

Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.

Saya beritahu je. Ada lagi alasan?

Silakan dengan alasan-alasan anda. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita :) ewahh HAHA

" Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga." Wahh Kak Limah, membantah yea

" Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya." kata Ustaz Hisyam aku dulu time aku sekolah agam darjah 4 wehehe

**Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara. Hanya pendapat dan pandangan peribadi.
Syurga atau neraka?

Yang mana anda pilih?  
Diolah semula:  Siti Khairunisa binti Md Arif

Thanks viewing :)

No comments:

Post a Comment