Di alam fana ini terdapat puteri-puteri yang telah dikurniakan kecantikan oleh-Nya yang juga dahulunya sahabat ana serta rapat dengan ana sampaikan segala detik peristiwa suka duka kami harungi bersama . Namun , itu hanya cereka lalu , saat kami lalai manikmati akan hal duniawi yang hanya sementara tapi sekarang , ada antara sahabat juga puteri puteri yang telah sedar dari kekeliruan yang nyata juga telah membuktikan bahawa mereka telah dididik dengan kelas Fardhu A’in serta hidup dengan cara Islam . Alhamdulillah~
Pada suatu hari , Subhanallah~(kata ucap telah terdetik di hati ana saat melihat sesuatu) mereka(sahabat juga puteri-puteri) kelihatan sangat sangat manis juga mulia ketika berhijab dengan budi bahasa yang molek :) Begitupun , pada masa yang sama ana terserempak beberapa orang puteri yang masih dalam kekeliruan .
Dahulunya , saat kita sama-sama lalai , kamu (puteri-puteri) memakai pakaian yang sopan even sama-sama juga tidak berhijab seperti memakai seluar panjang . Tapi , sejak sahabat dan puteri-puteri yang lain sudah ramai yang mula berjinak-jinak berhijab , kamu (puteri-puteri) yang masih dalam kekeliruan juga mula menjauhkan diri serta mencari member baru yang standard dan statusnya sama seperti kamu (puteri-puteri) dan kamu (puteri-puteri) telah berhasil . Terus terang , ana tak kisah jika kamu (puteri-puteri) tidak sudi bertegur dengan kami dan mencari member baru , tapi kamu (puteri-puteri) bukan sahaja berhasil ber-member yang statusnya sama seperti kamu (puteri-puteri) , malah kamu (puteri-puteri) telah juga berhasil ber-member orang yang lagi branded or tidak kurang hebat cara bergaya . Hal ini , sekaligus , kamu (puteri-puteri) terikut-ikut dengan cara mereka seperti mendedahkan dada , kaki yang Lawa serta sewaktu dengannya .
Ana keliru jua pelik , kadang ana tertanya seorang diri bahawa ; adakah kamu (puteri-puteri) sudah tidak mengaku yang kami sahabat kamu (puteri-puteri) atau kerana malu sendiri? Wahai puteri-puteri yang mempunyai paras rupa yang cantik , kamu (puteri-puteri) tidak perlu risau , even cara berpakaian kita berlainan(berhijab) , tapi kita tetap masih lagi boleh bergaya seperti yang kamu (puteri-puteri) lakukan sekarang . Ana tahu yang kamu memang kelihatan awesome jika mengayakan dengan cara “itu” tapi percayalah , kamu (puteri-puteri) akan kelihatan lebih awesome , mulia juga manis dengan paras rupa cantik molek yang telah dianugerahkan-Nya jika berhijab .
Kamu (puteri-puteri) , salah seorang daripadanya telah berkata bahawa ; solat adalah lebih penting lalu kamu (puteri-puteri) berkata lagi bahawa ; kamu (puteri-puteri) tetap akan menunaikannya even tidak berhijab . yea , ana tahu , itu memang benar wahai kamu (puteri-puteri) sekalian tetapi ana mahu bertanya , bukankah sia-sia jika menunaikan solat tetapi berpakaian ala ala non-Muslim yang mendedahkan anggota? sia-sia , bukan ? dan jika anda melakukan perkara yang sia-sia , adakah kamu (puteri-puteri) bangga atas apa yang telah dilakukan ? Tentu sekali TIDAK kan ? :)
Sekurang-kurangnya pun , kamu (puteri-puteri) patut memakai pakaian yang sopan jika ta ready lagi na berhijab seperti dahulu kala . Janganlah sampai mendedahkan sesuatu perkara untuk menarik perhatian Lelaki Durjana juga Miang . Jangan salahkan lelaki jika kamu (puteri-puteri) diganggu kerana kamu (puteri-puteri) yang memilih untuk berpakaian “sebegitu rupa” .
Akhir sekali , ana mahu minta maaf jika kata-kata ana kesat juga melampau . Lagipun , ana tahu , ana juga insane yang juga ada kekurangan tapi apa salahnya , jika kita saling mengingati . kamu (puteri-puteri) juga boleh mengingati ana jika ana terlupa kerana kita manusia ini adalah insan (pelupa) . Yang baik dating daripada-Nya , yang buruk dating dari ana sendiri . Selamat Berhijrah . Insya-Allah~ :))
No comments:
Post a Comment